34 barangan mewah Che Ta bernilai lebih RM900,000 dilelong esok?

34 barangan mewah Che Ta bernilai lebih RM900,000 dilelong esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barangan mewah bilik pelakon, Rozita Che Wan berjumlah RM902,012.46 bakal dilelong di kediamannya di Kota Damansara, pagi besok.

Difahamkan, sesi lelongan itu bakal dikendalikan syarikat Auctrade Auctions Solution yang bakal melibatkan 34 barangan mewah seperti sebuah kereta jenama Haval, peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum, televisyen dan perabot.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah dokumen perincian lelongan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Terdahulu pada 10 Disember, kediaman pelakon Kiah Pekasam itu diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana Che Ta gagal melunaskan pinjaman RM960,000 sejak 2017.

Bahagian undang-undang MARA juga dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap pelakon itu dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang gagal membayar pinjaman.

Difahamkan, pada Julai tahun lalu, MARA sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Rozita dan anaknya itu tetapi disebabkan wujud isu teknikal, ia ditarik balik pada bulan lalu sebelum diteruskan dengan tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) pada 10 Disember. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN