Kereta dihurung lalat, rungkai kes bunuh

Kereta dihurung lalat, rungkai kes bunuh

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam tempat penyimpanan barang kereta Proton Waja dalam semak di tepi jalan Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Misteri sebuah kereta yang dijumpai dalam keadaan dihurung lalat di tepi jalan sebuah ladang membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan dalam semak di tepi jalan di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang pada pukul 1.50 petang semalam.

Mangsa ditemukan di dalam tempat penyimpanan barang dalam mereka miliknya dengan kesan kecederaan pada bahagian leher.

“Bertindak atas maklumat risikan yang diperoleh, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu pada pukul 4.30 pagi tadi.

“Kedua-dua suspek yang berumur 33 dan 35 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai dendam kerana mangsa disyaki ada hubungan dengan bekas isteri suspek.

Suspek yang merupakan pemandu lori cuba menutup jenayahnya dengan membuatkan Proton Waja berkenaan seolah-olah terbabas ke dalam semak di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya