Kerani bank rugi RM115,950 akibat 'phone scam'

Kerani bank rugi RM115,950 akibat ‘phone scam’

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang kerani bank berputih mata apabila mengalami kerugian RM115,950 akibat terpedaya dengan ‘phone scam’ atau sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,  Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, wanita berusia 41 tahun itu dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan syarikat insurans pada 8 September lalu.

Katanya, suspek mendakwa mangsa mempunyai tiga tuntutan insurans perubatan namun wanita itu menegaskan dia tidak mempunyai polisi insurans tersebut.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya yang mendakwa mangsa terlibat dalam penggubahan wang haram. Mangsa diarahkan membuka akaun bank untuk tujuan siasatan dan telah membuat enam transaksi berjumlah RM115,950 dalam tempoh 19 September hingga 30 Novemberlalu  ke tiga akaun berbeza,” katanya hari ini.

Mangsa yang berasal dari Bukit Payong, Marang yang menyedari ditipu tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang semalam.  Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan dan kad kredit untuk membuat semua transaksi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya