Kerajaan tumpu proses pemulihan pasca banjir - Fadillah

Kerajaan tumpu proses pemulihan pasca banjir – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan ketika ini memberi tumpuan terlebih dahulu kepada proses pemulihan dan baik pulih kemudahan awam yang terjejas akibat banjir di tiga buah negeri baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu menjadi keutamaan sebelum melayani sebarang permohonan peruntukan oleh ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir.

“Kita ada proses untuk melihat. Pertama sekali kita nak tumpukan kepada pemulihan, kerosakan kemudahan awam dan bangunan yang melibatkan keperluan awam.

“Tunggu selesai banjir dahulu baru diputuskan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Digital
Putrajaya Exhibition & Conference (DIPEC 2024) dan Peluncuran Putrajaya Urban Observatory (PUO), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat ahli Parlimen pembangkang di kawasan terjejas banjir yang memohon peruntukan khas RM1 juta bagi membantu rakyat di kawasan mereka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, pihaknya menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera RM1 juta kepada ahli Parlimen pembangkang yang kawasannya terjejas banjir untuk membeli makanan dan keperluan lain.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman membuat gesaan sama dengan membanding keprihatinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada semua ahli Parlimen tanpa rundingan ketika pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya