Kerajaan tidak benar kenaikan tarif elektrik jejaskan majoriti rakyat

Kerajaan tidak benar kenaikan tarif elektrik jejaskan majoriti rakyat – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak membenarkan sebarang kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan majoriti rakyat. 

Perdana Menteri berkata, beliau akan meminta penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan itu. 

Beliau menjelaskan, penyasaran subsidi elektrik yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini hanya melibatkan golongan mahakaya atau pihak industri yang mencatatkan keuntungan tinggi.

“Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan seperti mana yang dahulu itu (penyasaran subsidi elektrik) hanya melibatkan golongan atasan mahakaya atau industri yang mencatatkan keuntungan. 

“Rakyat terbanyak tidak terkesan dari kenaikan elektrik walaupun saya faham kos meningkat (sebab kenaikan tarif), tetapi walaupun kos meningkat, dia tak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat.

“Ini dari segi dasar, saya faham keperluan naik tapi kenaikan tidak boleh melibatkan kedudukan kos kepada majoriti rakyat. Secara terperinci (saya minta) TNB dan Fadillah  menjelaskan,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi, hari ini.

Terdahulu,  Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengumumkan, tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung menerusi pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan.

Keputusan yang dibuat pada 13 Disember lalu merupakan komitmen kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi menerusi pelaksanaan subsidi secara bersasar.

Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 yang akan dibiayai oleh kerajaan kali ini adalah sebanyak RM2.3 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya