Kerajaan teliti kajian JICA bina tebing tinggi di pantai atasi banjir – PM - Utusan Malaysia

Kerajaan teliti kajian JICA bina tebing tinggi di pantai atasi banjir – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen semalam. Gambar JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut pernah dibangkitkan sekitar 20 tahun lalu.

Kata beliau, JICA boleh diusahakan kerajaan selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara berjaya diselesaikan.

“Ada cadangan saya ingat lama dah 20 tahun lebih yang lepas, dicadangkan oleh Kerajaan Jepun iaitu projek JAICA umpamanya untuk mengatasi masalah banjir di pantai barat (Malaysia) dan ketika itu tahun 90-an, keperluan perbelanjaan itu sudah mencecah RM10 bilion, sekarang mungkin dah RM20 bilion.

“Antara lain study (kajian) JICA untuk bina tebing-tebing tinggi di seluruh kawasan pantai. Sudah tentu ini akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai masalah tebatan banjir kita,” katanya semasa sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, semalam bagi menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu pendekatan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir tahunan yang menelan kos ratusan juta setiap tahun.

Anwar berkata, tidak ada negara yang dapat memastikan tidak menghadapi bencana walaupun mempunyai teknologi canggih seperti di China, Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagaimanapun, jelasnya, usaha menangani tetap ada.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang memintanya menjelaskan garis masa untuk projek tebatan banjir yang sebelum ini dibatalkan oleh kerajaan, Anwar berkata projek berkenaan dilaksanakan mengikut jadual walaupun ada antara dari projek tersebut dibatalkan pada 2022 dan kemudiannya ditenderkan semula namun kerajaan membatalkan projek tebatan banjir pada dua tahun lalu kerana dasar kerajaan yang menolak rundingan dilakukan secara terus.

Kata beliau, kerajaan menyegerakan proses perolehan tender berkaitan projek tersebut walaupun perlu melakukan perbandingan sekurang-kurangnya 10 syarikat yang berupaya dan memberikan kos munasabah.

“Saya berharap ahli-ahli yang berhormat (faham) sistem sekarang ini di mana proses tender mesti cukup telus dan kebocoran yang besar sebelum ini kerana ikut amalan rundingan terus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya