Kerajaan pantau situasi di Syria, 42 rakyat Malaysia selamat

Kerajaan pantau situasi di Syria, 42 rakyat Malaysia selamat

WISMA Putra memaklumkan pihaknya sedang memantau secara rapat perkembangan terkini di Syria serta implikasinya terhadap kestabilan di rantau Timur Tengah. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar memaklumkan pihaknya sedang memantau secara rapat perkembangan terkini di Syria serta implikasinya terhadap kestabilan di rantau Timur Tengah. 

Menurut kenyataan Wisma Putra, langkah ini termasuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara tersebut berada dalam keadaan terjamin.

“Kementerian melalui Konsul Kehormat Malaysia sedang berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia di Syria. 

“Sehingga kini, semua 37 pelajar Malaysia dan lima rakyat Malaysia lain yang berdaftar di negara tersebut dilaporkan selamat.

“Rakyat Malaysia di berada di Syria dan negara berhampiran juga digalakkan untuk mendaftarkan melalui E-Konsular menerusi pautan https://ekonsular.kln.gov.my  untuk menerima maklumat terkini dan bantuan jika diperlukan,” katanya hari ini.

Terdahulu, konflik Syria berlarutan setelah Presidennya, Bashar al-Assad dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Damsyik menuju ke destinasi yang tidak diketahuivselepas pemberontak mengumumkan kejayaan memasuki Damsyik tanpa sebarang tanda kehadiran tentera kerajaan.

Wisma Putra justeru itu menambah pihakya akan terus memantau keadaan dengan rapat dan memberikan maklumat terkini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Sekiranya terdapat rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria atau Kedutaan Besar Malaysia di Amman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya