Kerajaan Madani pastikan tiada rakyat tercicir - Anwar

Kerajaan Madani pastikan tiada rakyat tercicir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Madani akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah merangka usaha yang efektif untuk memastikan tiada rakyat dipinggirkan sama ada golongan miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar mahupun warga kota dan desa.

“Antara keutamaan terpenting Kerajaan Madani sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.

“Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Sebelum ini, Anwar berkata, sepanjang tempoh dua tahun, Kerajaan Madani sudah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

Antara yang diperkenalkan ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih memanfaatkan sembilan juta penerima dalam kalangan golongan B40.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima bagi membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya terpilih.

Malah, turut diperkenalkan adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah memberi manfaat kepada 4,615 peserta daripada golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.

Kerajaan Madani komited meneruskan agenda pembangunan inklusif untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya