Kerajaan kenal pasti lima inisiatif perkasa sektor halal negara

Kerajaan kenal pasti lima inisiatif perkasa sektor halal negara

Tajuddin
AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengenal pasti lima langkah penting dalam usaha memperkasa ekosistem halal negara ke arah yang lebih kondusif, inklusif dan berdaya saing.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah badan profesional halal akan ditubuhkan bagi menyelaras dan menentukan hala tuju strategik pembangunan profesional halal di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) berkata, penubuhan badan tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan sebelum ia dilaksanakan.

“Selain itu, penubuhan MPIH di peringkat negeri mempu membantu memperkasakan penyertaan pemain industri dalam ekosistem halal menerusi pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal dan HIMP 2030,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama berkata, MPIH turut mencadangkan agar diadakan sesi dialog dan libat urus melibatkan pemain industri, agensi kerajaan, serta pemegang taruh tahun depan.

Jelasnya, penganjuran sesi Town hall dan HIMP 2030 Open Day boleh diadakan pada suku pertama 2025.

“Program seperti ini sekaligus dapat memperluas komunikasi dua hala, menyelesaikan isu utama, dan mengenal pasti peluang pertumbuhan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau lagi, sehingga suku ketiga tahun ini, pelaksanaan Halal Industry Master Plan 2030 (HIMP 2030) telah mencapai 75 peratus, bersamaan RM 110 bilion daripada sasaran RM147 bilion.

Katanya, nilai eksport halal berada pada paras RM45 bilion pada tempoh yang sama dengan sasaran RM62 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Manakala jumlah pelaburan kumulatif di Taman Industri Halal mencecah RM16.7 bilion daripada sasaran RM18.1 bilion,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, untuk memastikan kelancaran pelaksanaan HIMP 2030, MPIH giat ke arah penambahbaikan sistem pensijilan halal

Ahmad Zahid dalam masa yang sama berkata, kerajaan komited untuk menyusun semula tadbir urus industri halal bagi memastikan sektor itu menyumbang 10.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

“Dengan langkah-langkah strategik yang telah dirancang, saya yakin Malaysia akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri halal global,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya