Kerajaan kaji keperluan pelarasan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan kaji keperluan pelarasan subsidi diesel Sabah, Sarawak

LIM HUI YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LimhhuuuuuiUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam prouises untuk mengkaji sekiranya wujud sebarang keperluan untuk melaksanakan pelarasan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, keputusan itu memerlukan lebih masa kerana melibatkan banyak pihak dan libat urus bagi memastikan penyasaran yang dilakukan tidak membebankan rakyat.

“Setakat ini kerajaan masih lagi di peringkat kajian untuk melaksanakan penyelarasan subsidi diesel dan memerlukan banyak libat urus,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkenaan pelarasan diesel di Sabah dan Sarawak.

Katanya, buat masa kini, agak sukar untuk melaksanakan pelarasan subsidi bagi Sabah dan Sarawak disebabkan faktor geografi dan di kawasan pedalaman

“Sebab itu kita akan kaji dahulu serta memastikan subsidi ini tidak akan membebankan rakyat yang betul-betul memerlukan terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

Menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang menyoal berkenaan kelemahan pelarasan subsidi diesel, Hui Ying berkata, pihaknya mengakui perkara itu dan masih lagi memantau perkara tersebut.

“Kerajaan akui wujud kelemahan, sebab itu kita masih juga dalam proses libat urus bersama pemegang saham dan pemain industri untuk lakukan penambahbaikkan.

“Tetapi sekarang masih lagi kurang daripada enam bulan pelarasan ini dilaksanakan, jadi kita akan terus memantau dari masa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya