Kerajaan dicadang naik elaun MALBATT

Kerajaan dicadang naik elaun MALBATT

MANNDZRI NASIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memperbanyakkan lagi bantuan dan menaikkan elaun untuk anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT).

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, pasukan MALBATT kini berada di tengah-tengah konflik peperangan antara Lubnan dan Israel yang sekaligus menyebabkan risiko keselamatan meningkat hingga mengancam nyawa anggota pasukan keamanan itu.

“Misalnya pada 6 November lalu, MALBATT 850-12 baru sahaja mendarat di bumi Lubnan (tetapi) sudah terkena serpihan (letupan) di Sidon (hingga menyebabkan) lima anggotanya cedera.

“Jadi Tenggara berharap kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan elaun yang lebih sedikit daripada kebiasaanya sebab sebelum ini wilayah yang mereka (Malbatt) jaga itu tidaklah ‘sepanas’ sekarang,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertahanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya