Kerajaan beri jaminan teruskan usaha atasi masalah bencana

Kerajaan beri jaminan teruskan usaha atasi masalah bencana

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi jaminan untuk meneruskan segala usaha dan bantuan bencana pada 2025 bagi mengelak lebih banyak nyawa dari terkoban serta kemusnahan harta benda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan ekonomi semasa harus ditangani dengan bijak kerana ia melibatkan perkara belum diduga seperti musibah banjir yang berlaku mutakhir ini.

Kata beliau, Kerajaan Madani sudah pun memberi jaminan bahawa segala usaha akan terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan sampai dengan segera dan kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin akan diselenggara.

Jelasnya, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, jentera negeri dan kerajaan tempatan atau jajahan akan terus dilakukan.

“Operasi kesiapsiagaan sejak awal telah dirangka secara mampan agar dapat mengelak dari dampak yang buruk dari musibah tersebut.

“Insya-Allah, kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak,” katanya semasa menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025.

Mengulas mengenai perbelanjaan pembangunan negara, Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan tidak hanya memberikan tumpuan kepada prasarana asas seperti seperti jalan raya, lebuhraya dan bekalan.

Jelasnya, kerajaan akan turut meneruskan projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi walaupun akan memberikan kesan dan dampak perbelanjaan yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, Malaysia pada 2025 akan memulakan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN.

Katanya, kerumitan landskap global saat kini menuntut ASEAN untuk melakar peranan dan pengarahan baharu.

Ini ternyata menjadi tugas besar Malaysia tatkala memimpin ASEAN tahun ini dengan mengangkat tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, yakni membawa seluruh kekuatan (dan) pasukan yang ada sebagai satu kesatuan (serta) menjamin supaya pembangunan ini terus mampan dan mengambil kira mengurangkan jurang perbedaan.

“(Selain itu,) menangani permasalahan yang dihadapi oleh kelompok yang tersisih atau miskin atau terpinggir. Jadi inilah maksud kita supaya ASEAN menikmati dan berkongsi limpahan kemakmuran secara adil tanpa ada kelompok atau wilayah yang disisihkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya