Keputusan batal saman Mohd. Azizi dipecat Bersatu, 19 Februari

Keputusan batal saman Mohd. Azizi dipecat Bersatu ditentukan 19 Februari

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 19 Februari 2025 untuk keputusan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membatalkan saman yang difailkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azizi Abu Naim berhubung pemecatannya daripada parti tersebut.

Hakim Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak-pihak terlibat.

Berdasarkan saman pemula yang difailkan pada 24 Jun lalu, bekas ADUN itu menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Pada prosiding hari ini, Muhyiddin dan Hamzah diwakili peguam, Chetan Jethwani manakala Mohd. Amar diwakili peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud sementara SPR diwakili Peguam Persekutuan, M. Kogilambigai. Kesemua mereka memohon agar saman pemula itu dibatalkan.

Terdahulu, Awang Armadajaya menghujahkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri telah selesai diadakan pada 17 Oktober lalu dan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dari Barisan Nasional telah memenangi kerusi terbabit.

Sebelum ini, Mohd. Azizi antara lainnya memohon pengisytiharan bahawa pemecatan jawatan dan keahlian beliau dalam Bersatu menerusi notis bertarikh 12 Jun lepas adalah tidak sah dan batal serta salah di sisi undang-undang.

Menurut beliau selaku plaintif, pindaan kepada Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan keahlian seseorang akan dihentikan jika dia menyokong saingan politik, adalah tidak berperlembagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya