KUALA LUMPUR: Hakim K. Muniandy ketika membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan berkait pengubahan wang haram dan elak cukai selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah tidak menyatakan secara lengkap kesalahan yang dilakukan.
Hakim Muniandy berkata, tanpa perincian mengenai kesalahan yang dilakukan, apa yang tinggal ialah tindakan mendepositkan wang ke dalam akaun yang mana bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang.
Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 2013 dan 2018.
Perbicaraan kes itu bermula pada 24 Ogos lalu dan dua orang saksi telah dipanggil memberi keterangan. Perbicaraan terhenti selepas Rosmah memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan pada 6 September 2023.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama. – UTUSAN