Kementerian Wanita sedia bantu Zahnita

Kementerian Wanita sedia bantu Zahnita

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia menghulurkan bantuan khidmat nasihat dan kaunseling kepada pelakon dan bekas peragawati, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya memandang serius kes berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis.

Katanya, kementerian juga tidak mahu mengganggu siasatan polis selain memberi ruang kepada Zahnita untuk bertenang.

“Saya baru ketahui hal ini semalam dan dimaklumkan pihak polis sedang menjalankan siasatan. Jadi kita tidak mahu campur tangan.

“Kita hanya akan melakukannya jika dia (Zahnita) perlu (minta). Ini kerana jika mahu masuk campur perlu ada kesediaan di pihak mangsa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Better Brighter Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN)-Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, suami kepada seorang pelakon dan bekas peragawati direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas wanita tersebut mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tambah Nancy, pihaknya sentiasa menggalakkan golongan wanita yang menjadi mangsa atau yang mengetahui kejadian seumpamanya untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Katanya, keganasan terhadap wanita berisiko menyebabkan masalah mental disebabkan tekanan dialami individu berkenaan.

“Pelbagai cara kita lakukan untuk memberi kesedaran bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada mangsa. Kita mahu mereka cakna di mana tempat untuk mengadu. 

“Jika berasa sukar dan malu untuk bercakap dengan orang lain, boleh berjumpa dengan kaunselor yang sedia membantu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya