Kementerian sedia guru kaunseling kepada calon SPM terjejas banjir 

Kementerian sedia guru kaunseling kepada calon SPM terjejas banjir 

RUJI Ubi (duduk, tengah) bersama calon SPM yang terjejas banjir di asrama penempatan SMK Tunku Abdul Malik di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan menyediakan guru kaunseling dan guru bimbingan akademik di penempatan asrama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas untuk membantu mereka terutama dari segi psikologi. 

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ruji Ubi berkata, ibu bapa calon terlibat dinasihatkan agar tidak terlalu risau tentang persediaan anak-anak mereka di asrama itu. 

“Bila kita bawa pelajar ini ke asrama kita sediakan makanan untuk mereka, sediakan juga guru kaunseling dan tempat penginapan yang baik. Kita sediakan sokongan dari segi psikologi dan akademik. 

“Masyarakat di luar sana harus faham bahawa kita sangat menjaga dan beri perhatian kepada anak kita yang ambil SPM ini. Kepada ibu bapa yang ada masalah untuk anak hadiri periksa ini kalau boleh anak mereka duduk di asrama yang disediakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat peperiksaan dan asrama calon di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kesemua 532 calon SPM yang terjejas akibat banjir di Kedah selamat menduduki peperiksaan itu hari ini termasuk 188 daripadanya yang ditempatkan di asrama. 

“Empat sekolah dijadikan penempatan calon SPM yang terkesan iaitu SMK Agama Kedah, SMK Tunku Abdul Malik dan SMK Alor Janggus. Selebihnya menumpang di rumah saudara atau keluarga yang lain.

“Kementerian membuat persediaan awal sejak Oktober lepas dan keputusan untuk meneruskan SPM pada hari ini berdasarkan kesiapsiagaan itu,” katanya. 

Menurut beliau, sebanyak 15 sekolah di Kedah terjejas akibat banjir kini ditutup sementara termasuk dua daripadanya yang sepatutnya dijadikan pusat peperiksaan iaitu SMK Seri Gunong dan SMA Darussaadah. 

Beliau berkata, sebanyak 28,953 calon SPM di seluruh Kedah menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu hari ini termasuk 25,145 merupakan calon sekolah bantuan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya