Kementerian pertahanan kukuh keupayaan angkatan siber

Kementerian pertahanan kukuh keupayaan angkatan siber

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang berusaha memperkukuhkan keupayaan angkatan siber untuk memastikan keselamatan dan pertahanan negara sentiasa terjamin, terutama dalam menghadapi cabaran teknologi moden.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bahawa kementerian kini berada pada fasa semakan Kertas Putih Pertahanan Fasa Satu, yang dijangka selesai menjelang 2025.

“Angkatan siber, Kecerdasan Buatan (AI), serta sistem robotik dalam aspek pertahanan negara merupakan antara perkara utama yang akan diberi perhatian dalam semakan Kertas Putih Pertahanan,” katanya semasa sesi di Dewan Rakyat hari ini.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyesuaikan strategi pertahanan dengan ancaman siber yang semakin kompleks, sambil memastikan kesiapsiagaan negara menghadapi cabaran baharu dalam bidang teknologi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 bagi Kementerian Pertahanan.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) berkenaan isu Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) melibatkan isu buli yang meragut nyawa  seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.

“Di peringkat Kementerian Pertahanan, kita sekeras-kerasnya menolak sebarang unsur buli.

“Sebab itu sekarang kita bertindak, kita keluarkan mereka dan kita tamatkan perkhidmatan mereka, kerana berbeza latihan dan pembulian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya