Kematian kucing sebab anjing liar, bukannya manusia

Kematian kucing sebab anjing liar, bukannya manusia

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kematian dua kucing yang dipotong keempat-empat kaki dan dibelah perut dalam satu kejadian di sebuah universiti awam di sini disebabkan serangan anjing liar, bukannya dilakukan oleh manusia.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Balai Polis Pantai menerima laporan berhubung kejadian membabitkan dua kucing itu pada 6.20 petang, semalam. 

“Siasatan telah dijalankan dan mendapati kematian kucing itu disebabkan oleh serangan anjing-anjing liar di kawasan terbabit. 

“Laporan polis sudah dirujuk kepada Jabatan Veterinar dan pihak Pengurusan Universiti Malaya untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, wakil Kesatuan Pelajar Universiti Malaya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (KMUM FPE), Vincent Ng dan Kaven Khoo membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. 

KMUM FPE dalam kenyataan mereka di Facebook, laporan itu adalah langkah ke arah memastikan kebajikan semua pelajar dan menggesa semua pengurusan kampus mengambil serius perkara itu.

Menurutnya, pihaknya juga sudah berhubung dengan pasukan veterinar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dihantar ke fakulti berkenaan pada 4 petang semalam untuk pemeriksaan.  

Media hari ini melaporkan, tindakan kejam menganiaya dengan memotong keempat-empat kaki dan membelah perut dua ekor kucing mengundang kemarahan warganet selepas tular di media sosial, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, di sini, dan perkongsian itu turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

KMUM FPE berkata, pihaknya amat terkejut serta sedih dengan kes penderaan kucing yang berlaku pada 12 Disember dan 16 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya