KUALA TERENGGANU: Kemaman menjadi daerah kedua yang pulih sepenuhnya daripada banjir apabila 13 mangsa terakhir pulang ke rumah mereka hari ini
Ketika ini, hanya 41 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di enam daerah. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, tiga lagi daerah iaitu Setiu, Marang dan Hulu Terengganu juga dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.
Namun, tiga lagi daerah iaitu Kuala Nerus, Dungun dan Kuala Terengganu masih mencatatkan mangsa yang ramai kerana fenomena banjir termenung menyebabkan air lambat surut. – UTUSAN