Kemaman kembali dilanda banjir, 739 penduduk dipindahkan

Kemaman kembali dilanda banjir, 739 penduduk dipindahkan

banjir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Hujan lebat lebih 10 jam sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini kembali dilanda banjir, sejak lewat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri memaklumkan, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan menempatkan seramai 739 mangsa daripada 189 keluarga.

Antara PPS yang terawal dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh, kira-kira pukul 10 malam tadi selepas kawasan kediaman penduduk dinaiki air.

Selain itu, PPS lain ialah Balai JPKK Beris Nenas, Balairaya Kampung Gelugor, SK Pengkalan Rangon, SK Kemasik, Dewan Sivik Pengkalan Cicar Bukit Kuang, Balairaya Kampung Meraga Beris dan Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol.

Difahamkan, setakat ini pemindahan penduduk di beberapa kampung terjejas termasuk Teluk Kalong, Kampung Paya Berenjut, Kampung Padang Kemunting, giat dilakukan dengan dibantu pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk polis, pasukan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga pagi ini, hujan lebat masih berlaku di daerah ini. Sementara itu, difahamkan beberapa buah kampung di daerah Dungun termasuk Kampung Tebing Tembah, Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor juga turut dinaiki air awal pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN