Keluarga lima maut serah pihak polis siasat kemalangan - Utusan Malaysia

Keluarga lima maut serah pihak polis siasat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Keluarga kepada lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ayer Keroh, Melaka semalam menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan insiden berkenaan.

Bapa Khairul Ikhwan, Datuk Mazupi Abdul Rahman,64, berkata, dia sekeluarga percaya pihak kepada polis akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan kemalangan yang meragut nyawa anak, menantu dan cucu serta dua besan.

“Saya percaya dalam kes ini bukti-bukti telah dikumpulkan oleh pihak polis.

“InshaAllah pihak pendakwa raya akan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang menyebabkan kematian anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian lima sekeluarga itu di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mazupi bersyukur proses pengebumian anak, menantu, cucu serta dua besannya berjalan dengan lancar.

“Semoga Allah terima doa kita semua agar mereka diringankan siksaan dan dilapangkan kubur.

“Selepas ini saya perlu ke Melaka bagi menguruskan pembedahan dua lagi cucu yang kini dirawat di hospital,” katanya.

Terdahulu, jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ayer Keroh, Melaka semalam selamat dikebumikan pada 7.45 malam.

Jenazah Fadzlenna Ramli, 32, dan anak bongsunya, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, ditempatkan dalam satu liang lahad manakala suaminya, Khairul Ikhwan, 32, serta ibu dan bapa Fadzlenna iaitu Ramli Ab Wahab, 66 dan Fauziah Jaafar, 69, dikebumikan dalam tiga liang lahad berasingan.

Proses pengebumian lima sekeluarga itu selesai pada pukul 7.45 malam serta turut dihadiri kira-kira 500 ahli keluarga, jiran, rakan terdekat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ashari Abu Samah berkata nahas tersebut yang membabitkan sebuah bas, dua lori, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta dikatakan berlaku apabila tayar sebuah lori dari arah utara ke selatan tercabut dan berada di lorong tengah jalan.

Katanya bas yang membawa 27 penumpang dari arah sama terlanggar tayar berkenaan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta seterusnya bertembung dengan sebuah lagi lori dan MPV yang sedang menghala ke utara.

Turut maut dalam kemalangan berkenaan pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56, dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya