Keluar ADOR, NewJeans lancar akaun Instagram terbaharu - Utusan Malaysia

Keluar ADOR, NewJeans lancar akaun Instagram terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Selepas mengumumkan pengunduran daripada agensi bakat ADOR November lalu, kumpulan popular, NewJeans kini tampil dengan akaun Instagram rasmi baharu yang dinamakan ‘Jeanzforfree’.

Kumpulan yang dianggotai Minji, Hanni, Danielle, Haerin, dan Hyein mengambil langkah tersebut bagi membolehkan mereka terus dapat berkomunikasi dengan peminat.

Akaun tersebut mengumpul lebih dua juta pengikut meskipun baru dilancarkan.

Melihat kepada hantaran awal Instagram tersebut, kumpulan yang terkenal dengan lagu Super Shy itu memuat naik memaklumkan pihaknya telah menaja makanan peminat mereka yang turun padang melakukan bantahan terhadap Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.

NewJeans juga telah berkongsi rakaman persembahan mereka di Studio Harry Potter, Warner Bros di Jepun menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu pada 29 November, NewJeans mencuri perhatian apabila memaklumkan telah menamatkan kontrak bersama ADOR kerana syarikat itu didakwa gagal melindungi dan menjaga mereka sebagai artis.

Mereka juga menegaskan akan menjalankan dan menguruskan sendiri aktiviti mereka tanpa terikat dengan mana-mana syarat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya