Kelantan syaratkan miliki sijil halal untuk perbaharui lesen

Kelantan syaratkan miliki sijil halal untuk perbaharui lesen

MOHD. Asri Mat Daud (dua dari kiri) bersama Pengarah Syarikat Nasken Coffee Manufacturing Sdn Bhd, Fatimatul Hazwani Che Hashim (kiri) memegang replika SPHM di Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menetapkan syarat kepada pengusaha premis makanan dan minuman di negeri ini untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebelum menyambung lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd. Asri Mat Daud berkata, sebagai permulaan syarat wajib itu dipelopori oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

“Insya-ALLAH, PBT lain akan turut sama mempraktikan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyerahan Sijil Halal Nasken International Sdn. Bhd di Kota Seribong, Pasir Hor di di hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri memberitahu, sebanyak 453 SPHM telah dikeluarkan kepada premis perniagaan di negeri ini sejak Januari hingga bulan ini.

Katanya, ia melibatkan hotel, restoran, kedai makan, farmasi, kedai dandanan rambut dan lain-lain.

Ujarnya, daripada jumlah itu 405 adalah pengusaha Melayu, manakala sebanyak 48 adalah premis bukan Islam.

“Untuk mendapatkan SHPM itu ia perlu mengikut lapan spésifik dan bukan sahaja makaan dan minuman, tetapi meliputi bahagian dapur, penggunaan bahan atau produk perlu halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis tersebut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan PBT,” ujarnya.

Mohd. Asri berkata, pada masa sama pemeriksaan mengejut dilakukan dalam tempoh setahun bagi memastikan pengusaha premis mematuhi peraturan dan undang-undang.

Katanya, berdasarkan data daerah Kota Bharu paling ramai yang mendapat sijil tersebut iaitu hampir 190 buah premis perniagaan, manakala enam hingga tujuh buah premis masing-masing di jajahan lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya