Kejadian pelajar UMT dipukul berpunca perbuatan tuduh-menuduh

Kejadian pelajar UMT dipukul berpunca perbuatan tuduh-menuduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kejadian seorang pelajar lelaki dipukul bergilir-gilir di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hingga cedera dipercayai berpunca daripada perbuatan tuduh-menuduh.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk tuduhan tersebut atas faktor tertentu. 

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 20 tahun dipukul menggunakan sebatang kayu dalam kejadian Ahad lalu.

“Setakat ini, doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan organ dalaman atau patah tulang di mana-mana bahagian.

“Mangsa mempunyai kesan lebam akibat dipukul dan kini menerima rawatan di wad biasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar lelaki cedera dipukul seramai 12 pelajar secara bergilir-gilir di kolej kediaman UMT hingga menyebabkan kecederaan. Semua 12 pelajar yang berusia antara 20  hingga 22 tahun itu telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya