Kedutaan sedang dapatkan maklumat rakyat Malaysia terbabit nahas bas di Norway

Kedutaan sedang dapatkan maklumat rakyat Malaysia terbabit nahas bas di Norway

Anggota penyelamat menjalankan tugas di lokasi kejadian kemalangan melibatkan sebuah bas yang terbabas dari lebuh raya dan terjunam ke dalam tasik di Hadsel, Nordland, Norway, 26 Dis 2024. - Foto AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penglibatan rakyat negara ini yang dilaporkan antara mangsa kemalangan bas berhampiran Tasik Åsvatnet, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, laporan awal menunjukkan penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.

“Pasukan konsular dihantar untuk memberikan bantuan dan sokongan segera kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden ini,” menurut kenyataan kementerian.

Wisma Putra pada masa sama menzahirkan kebimbangan terhadap kemalangan bas yang berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran Tasik Åsvatnet, Norway.

Kejadian berlaku dalam keadaan cuaca buruk termasuk salji tebal dan angin kencang, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.

Daripada 58 penumpang, tiga kematian dilaporkan manakala empat lagi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Stokmarknes.

Pihak berkuasa Norway berjaya memindahkan semua penumpang yang terselamat, meskipun usaha menyelamat pada peringkat awal menghadapi cabaran akibat cuaca buruk.

Kata Wisma Putra, maklumat lanjut mengenai insiden ini dijangka dikeluarkan oleh pihak berkuasa Norway, hari ini waktu tempatan.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan sebaik maklumat tambahan diperoleh,”

Untuk sebarang bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm boleh dihubungi di alamat Karlavägen 37, 114 31 Stockholm, Sweden atau melalui panggilan telefon di +46 8440 8400 (pertanyaan umum) / +46 73 536 9152 (di luar waktu bekerja & hujung minggu) atau emel di [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya