PETALING JAYA: Kebakaran melibatkan sebuah kedai kopi yang sudah terbakar 30 peratus merebak ke rumah berhampiran di Jalan Wellfare, Sungai Buloh, hari ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian pada pukul 9.26 pagi itu turut mengakibatkan kebakaran pada rumah bersebelahan dan mengakibatkan kemusnahan sehingga 80 peratus.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Bukit Jelutong dengan jumlah anggota seramai 22 orang bergegas ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kedai kopi dengan keluasan 600 meter persegi dan melibatkan rumah berdekatannya (2,400 meter persegi) dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 9.50 dibantu jentera FRT-1, W Tanker 1 dan EMRS-1,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN