Kecuaian tidak sepatutnya dijadikan jenayah - Syed Saddiq

Kecuaian tidak sepatutnya dijadikan jenayah – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kecuaian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu tuntutan terhadap tuntutan terhadap kedaulatan Batu Puteh tidak sepatutnya dijenayahkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya ini diteruskan maka tidak mustahil sekiranya perkara sama turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa akan datang.

“Mungkin hari ini ia berlaku kepada Mahathir (tetapi) pada masa depan ia boleh berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri), ia boleh berlaku kepada siapa-siapa pun kalau hari ini kecuaian boleh dijenayahkan.

“Pada masa akan datang, setiap satu keputusan yang kerajaan lakukan boleh dijenayahkan, disemak semula (dan) akhirnya Malaysia akan jatuh, semua orang masuk penjara, tidak ada kestabilan (disebabkan) politik balas dendam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dibentangkan pada Dewan Rakyat.

Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said itu akan dibahaskan 10 Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mempersoal Kabinet Menteri pada 2018 yang mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan tidak bersama-sama dalam memikul tanggungjawab terhadap keputusan membabitkan kedaulatan tersebut.

“Walaupun perkara ini dibincangkan sebelum saya dilantik tapi prinsip tanggungjawab kolektif itu sangat penting. Saya dengar apa yang dibicarakan oleh sebelah sana (blok kerajaan), mereka kata tidak ada kertas Kabinet, ini dibincangkan dalam hal-hal lain.

“Dulu bila kami dalam Kabinet pun, kalau sesuatu perkara dibincangkan dalam hal-hal lain dan kalau kamu tidak bersetuju, kamu bangun (serta) bangkit (untuk nyatakan) tidak bersetuju, bukan berdiam diri,” katanya.

Syed Saddiq berkata, hanya ada seorang menteri pada ketika itu yang bangun untuk menyatakan ketidak persetujuan.
“(Tetapi) dia bangun bukan dalam mesyuarat Kabinet tetapi apabila mesyuarat sudah habis,” katanya.

Beliau mengkritik pemimpin-pemimpin kerajaan terdahulu kerana tidak memanfaatkan peluang dan masa sepenuhnya.
“Yang saya pelik mengapa akhirnya dalam segala pembentangan yang dilakukan di sini, fokusnya hanya kepada Mahathir,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya