Kastam rekod tertinggi, lepasi kutipan hasil RM61.35 bilion

Kastam rekod tertinggi, lepasi kutipan hasil RM61.35 bilion

ANIS RIZANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencipta rekod apabila melepasi sasaran kutipan sebelum akhir tahun ini berjumlah RM61.35 bilion.

Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin malah berkata, jumlah ini mencatatkan lebihan RM5.35 bilion atau 109.55 peratus berbanding unjuran asal dihasratkan kerajaan sebanyak RM56 bilion.

Berbanding tahun lalu setakat 30 November, kutipan keseluruhan merekodkan RM51.95 bilion, namun jumlah itu meningkat sebanyak RM60.96 bilion pada tempoh sama tahun ini dengan pertumbuhan positif 17.34 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini

Justeru, beliau menyifatkan angka tersebut adalah pencapaian terbaik agensi berkenaan dalam sejarah selepas melalui era pemulihan ekonomi dunia pasca pandemik Covid-19.

Sementara itu, Anis Rizana menyifatkan kejayaan JKDM sepanjang tahun ini banyak disumbangkan oleh migrasi kepada teknologi mesin pengimbas jenis kecerdasan buatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya