Karya seni perlu bebas meskipun kritikal kepada pihak berkuasa 

Karya seni perlu bebas meskipun kritikal kepada pihak berkuasa 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seni memainkan peranan penting dalam menyatukan dan membangunkan bangsa bahkan ia perlu berkembang bebas bagi memperkasa suara rakyat dalam membentuk masa hadapan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seni adalah sebagai wahana yang menyatukan dan semestinya menjadi sisi penting dalam usaha membangun serta membina bangsa.

Justeru kata beliau menegaskan bahawa seni harus bergerak bebas walaupun bersifat kritikal terhadap kekuasaan dalam usaha membangun bangsa yang maju. 

“Dewasa ini seni seharusnya bergerak dengan bebas dan disemarakkan, termasuk yang bersifat kritikal terhadap kekuasaan dan dalam apa jua bentuk

“Semangat negara yang madani menganjur serta memupuk nilai daya cipta dan kreativiti, dan kita sebagai masyarakat harus menghayati dan meraikannya agar negara ini berjaya dan melonjak,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam, beliau menghadiri malam kesenian Manifestasi Tiga Seni anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Balai Budaya Tun Syed Nasir. 

Majlis itu menghimpun karya-karya seni di pelbagai cabang baik puisi, seni lukis dan muzik. 

Acara ini juga diadakan sebagai kesinambungan kepada acara yang sama yang pertama kali digerakkan lewat 1970an sebagai sebahagian dari kerangka melonjak negara selepas tragedi hitam 13 Mei. 

Acara malam tadi selain menampilkan sesi deklamasi sajak dan puisi oleh sasterawan, penyair dan para pendiri seni, ia turut dimeriahkan dengan dendangan muzik daripada Azizul Hakim, Asmidar dan lagenda besar tanah air, Datuk Ramli Sarip. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya