Kalau cakap lebih, nanti dilabel ustazah pula - Norish Karman - Utusan Malaysia

Kalau cakap lebih, nanti dilabel ustazah pula – Norish Karman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norish Karman, 50, memaklumkan dia tidak sedikit pun berkecil hati atau marah kerana tidak diberi tawaran berlakon drama dan filem kerana imejnya yang memakai hijab.

Malah, Norish bersikap positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai cara Allah menjaga dirinya agar dia dapat terus istiqomah menutup auratnya.

“Ada pihak yang minta saya buka tudung sebelum tawarkan saya berlakon. Tapi saya tolak dan katakan kepada mereka bahawa saya masih istiqomah.

“Saya tidaklah memandang negatif terhadap permintaan mereka itu. Mungkin ada sesuatu yang mereka mahukan di sebalik permintaan itu.

“Jadi disebabkan saya bertudung, sampai sekarang saya tidak terima tawaran berlakon. Apa pun saya tidak pernah marah atau berkecil hati. 

“Saya anggap belum ada rezeki. Mungkin ini cara Allah jaga saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Norish, bermula sekitar Februari 2018 memutuskan untuk berhijab.

Kata pemilik nama sebenar Nor’ Ashikin Karman ini, dia pernah beberapa kali cuba dipujuk untuk menanggalkan tudung demi mendapatkan kerja berlakon.

“Ada yang kata kepada saya, buka ketika berlakon sahaja, selepas itu pakailah semula. Kata orang itu, Allah faham. 

“Ada juga yang cakap kepada saya, kerja berlakon banyak, itu pun kalau saya boleh tanggalkan tudung.

“Susah sebenarnya untuk hadap keadaan ini. Kalau saya bercakap, nanti dilabelkan sebagai ustazah pula. 

“Apa pun, saya terpaksa tolak. Saya masih istiqomah, tak berani lagi nak buat perkara macam itu,” kongsinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya