Kakak saya seperti mayat hidup – Adik Jahidah

Kakak saya seperti mayat hidup – Adik Jahidah

ROSMAINI Abd. Raof (kanan, baju hitam) dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana didapati bersalah memukul isterinya sehingga cedera parah pada Jun 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Wanita koma yang menjadi mangsa pukul suami kini ibarat ‘mayat hidup’ selepas kejadian berlaku pada tiga tahun lalu.

Adik kepada wanita tersebut, Jahidah Nordin@Sylvester iaitu Fauziah, 43, berkata, kakaknya sehingga kini hanya terlantar dan tidak mampu bergerak.

“Kakak saya macam mayat hidup. Kenapa kakak saya diperlakukan macam itu. Kenapa kau belasah kakak aku, aku takkan maafkan kau,” katanya ketika dipanggil memberi kenyataan mewakili keluarga mangsa ketika prosiding di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Sambil menuding jari ke arah tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 41, yang berada di kandang pesalah, Fauziah berkata, sejak kejadian itu, lelaki tersebut dan juga ahli keluarganya tidak pernah berhubung dan bertanya khabar tentang kakak atau anaknya, malah tiada satu sen bantuan pun diberikan.

“Anaknya kini berstatus OKU dan walaupun sudah berusia tiga tahun, dia masih belum boleh bercakap dan baharu boleh berjalan kerana tumbesarannya bermasalah akibat dikandung ketika ibunya koma,” jelasnya.

Tertuduh hanya mengangguk diam dan menggelengkan kepala ketika Fauziah memberi kenya­taannya.

Hakim Fatimah Zahari kemudian mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap Rosmaini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah turut menolak permohonan barisan peguam bela tertuduh yang diketuai Kamal Hisham Ja’afar untuk menangguhkan hukuman yang bermula serta-merta sehingga rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini dituduh memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki ke belakang tangan Jahidah yang ketika itu masih hamil sehingga mengalami cedera parah di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada pukul 6 pagi, 4 Mei 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda dan boleh dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Sejurus kejadian itu, Jahidah merupakan  penjawat awam mengalami kecederaan teruk namun berjaya selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya