Kajian kebolehlaksanaan 1MDB tidak diperlukan - Najib

Kajian kebolehlaksanaan 1MDB tidak diperlukan – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari bahawa kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) tidak perlu dilakukan sebelum penubuhan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini kerana, syarikat terbabit bukanlah sebuah syarikat baharu sebaliknya penjenamaan semula Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Selain itu, Najib menyatakan beliau tidak ingat sama ada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ada menasihatinya agar tidak menubuhkan 1MDB tanpa membuat kajian tersebut.

“1MDB bukan satu entiti yang diwujudkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), ia juga telah mempunyai dana sendiri yang dikumpulkan atau dipindahkan daripada TIA. Tambahan pula, MOF telah memegang saham utama (golden share) dalam TIA sejak 14 Mei 2009, iaitu sebelum diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kajian kebolehlaksanaan hanya diperlukan sekiranya MOF tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam syarikat. Sekiranya benar saya tidak menghiraukan cadangannya, Ahmad Husni boleh sahaja menimbulkan isu berkenaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri ketika itu) ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada 15 Julai 2009, sewaktu ketiadaan saya.

“Tetapi beliau (Ahmad Husni) gagal berbuat demikian. Tindakan ini menggambarkan bahawa cadangan Husni itu adalah satu tindakan menjaga kepentingan diri dengan menjauhkan dirinya dengan segala urusan membabitkan TIA atau 1MDB atau untuk melebih-lebihkan penglibatan saya dalam 1MDB,” kata Najib.

Pada 7 Jun 2022, Ahmad Husni ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-20 memberitahu bahawa beliau telah pergi berjumpa saya telah pergi berjumpa Najib dan beritahu 1MDB tidak sepatutnya ditubuhkan tanpa `feasibility study’ (kajian kebolehlaksanaan).

Kajian kebolehlaksanaan adalah proses untuk membuat penilaian secara praktikal bagi cadangan sesuatu projek serta risiko-risiko dari segi perniagaan dan kewangan dan bagi memastikan pelaburan syarikat itu akan mendatangkan keuntungan kepada Kerajaan.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menyatakan Najib memberitahunya tetap akan meneruskan penubuhan tersebut dan meminta bekas Timbalan Menteri Kewangan II itu untuk tidak melibatkan diri dan masuk campur hal berkait 1MDB.

Tambah saksi berkenaan, pada 23 Ogos 2010, beliau menghantar surat peribadi kepada Najib melalui Setiausaha sulit bekas Presiden UMNO itu, Allahyarham Datuk Azlin Alias bagi menyuarakan kebimbangannya mengenai urusan syarikat 1MDB yang dijangkakan akan mengundang kontroversi dan boleh menjejaskan Kerajaan dan Najib.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya