Jumlah mangsa banjir Terengganu terus berkurangan

Jumlah mangsa banjir Terengganu terus berkurangan

PENDUDUK membersihkan masjid yang dipenuhi lumpur ekoran banjir di Kampung Pasir Simpul, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Situasi banjir di negeri ini beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 30,682 orang daripada 8,030 keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, tiga daerah mencatatkan penurunan mangsa yang ketara iaitu Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.

Katanya, ketika ini terdapat 181 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu berbanding 271 PPS pagi tadi.

“Di Besut, semakin ramai mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing hari ini menjadikan jumlah terkini mangsa berkurangan kepada 5,785 orang daripada 1,624 keluarga di 53 PPS.

“Begitu juga di Setiu, terdapat 1,040 orang mangsa daripada 255 keluarga di 17 PPS manakala di Hulu Terengganu, jumlahnya ialah 3,032 orang daripada 871 keluarga di 30 PPS.

“Situasi di Kemaman juga bertambah baik dengan 684 mangsa daripada 182 keluarga masih berada di lapan PPS pada petang ini,” katanya.

Bagaimanapun, banjir di Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus belum menampakkan tanda-tanda pemulihan setakat ini.

“Jumlah mangsa banjir di Dungun tidak banyak berubah dengan 8,431 mangsa daripada 2,122 keluarga berada di 34 PPS manakala di Kuala Terengganu jumlahnya ialah seramai 4,350 orang daripada 1,084 keluarga di 12 PPS.

“Di Kuala Nerus, sebanyak 17 PPS masih beroperasi untuk 6,432 mangsa daripada 1,660 keluarga manakala di Marang pula, terdapat 10 PPS disediakan untuk 868 mangsa daripada 122 keluarga pada petang ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya