Jumlah mangsa banjir menurun kepada 65,991 orang, libatkan tujuh negeri

Jumlah mangsa banjir menurun kepada 65,991 orang, libatkan tujuh negeri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir menurun kepada 65,991 orang berbanding 66,420 orang melibatkan 220 pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi seramai 43,753 orang melibatkan 14,003 keluarga dengan 95 PPS yang masih aktif di enam daerah.

Terengganu pula mencatatkan 14,294 mangsa melibatkan 3,580 keluarga dengan 59 PPS aktif di tujuh daerah.

“Kedah pula mencatatkan 6,277 mangsa melibatkan 1,900 keluarga dengan 31 PPS aktif di empat daerah, manakala Johor mencatatkan 1,062 mangsa melibatkan 304 keluarga dengan 20 PPS aktif di dua daerah.

“Perak mencatatkan negeri ketiga mangsa terendah iaitu 383 mangsa melibatkan 128 keluarga dengan sembilan PPS aktif di lima daerah, diikuti Melaka iaitu 172 mangsa melibatkan 44 keluarga dengan dua PPS aktif di satu daerah.

“Pahang dengan mangsa terendah iaitu 50 orang melibatkan 10 keluarga dengan empat PPS aktif di dua daerah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya