JPA tidak pernah keluar arahan penjawat awam BMI seimbang

JPA tidak pernah keluar arahan mewajibkan penjawat awam perlu ada BMI seimbang

JPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau arahan untuk mewajibkan semua pegawai awam memiliki indeks jisim badan (BMI) yang seimbang.

JPA dalam kenyataan memaklumkan sebarang kenyataan awam yang melibatkan pihaknya mestilah mendapat kebenaran rasmi daripada jabatan berkenaan. 

“Selain itu, kami juga ingin mengingatkan agar JPA tidak dijadikan rujukan rasmi tanpa fakta disahkan terlebih dahulu. Kenyataan ini dibuat untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan tidak menimbulkan salah faham,” kata JPA.

JPA merujuk kenyataan Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu yang berkaitan ‘JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan’.

Mengulas lanjut, JPA memaklumkan sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat Pegawai Awam yang diedarkan pada 6 September 2022, pihaknya menggalakkan semua pegawai awam untuk melaksanakan saringan kesihatan kendiri termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem HRMIS. 

Namun JPA kekal komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam usaha menangani isu obesiti di kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah dalam meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya