JKDM berjaya kutip tunggakan cukai RM267.436 juta 

JKDM berjaya kutip tunggakan cukai RM267.436 juta 

SEBANYAK RM267.436 juta tunggakan cukai berjaya dikutip sejak awal Januari tahun ini hingga 20 November lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip tunggakan cukai sebanyak RM267.436 juta sejak awal Januari tahun ini hingga 20 November lalu. 

JKDM dalam kenyataan berkata, sebanyak 125 operasi dilaksanakan Unit Penguatkuasaan Akaun Belum Terima (ABT) JKDM yang bertanggungjawab untuk memungut semula tunggakan cukai, duti, levi, penalti, atau surcaj daripada entiti perniagaan yang gagal atau ingkar melaksanakan kewajiban pembayaran.

Katanya, operasi tersebut telah melibatkan 12,371 entiti perniagaan yang telah menyumbang kutipan hasil sebanyak RM267.436 juta.

“Selaras dengan inisiatif kerangka Ekonomi Madani untuk menyokong sektor perniagaan, JKDM telah menawarkan Program Insentif Remisi Penalti dan Surcaj 2024 dari 26 Ogos hingga 31 Disember ini. 

“Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan entiti perniagaan yang melibatkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Cukai Pelancongan, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan Levi Pelepasan. 

“Program Insentif Remisi Penalti dan Surcaj telah berjaya menarik penyertaan 7,653 entiti perniagaan dan hasil sebanyak RM217.975 juta telah dikutip kembali,” katanya. 

Menurutnya, kelulusan remisi ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Bagi entiti perniagaan yang mempunyai tunggakan cukai, remisi (pengurangan) penalti sebanyak 100 peratus akan diberikan sekiranya tunggakan cukai dibayar sepenuhnya.

(ii) Bagi entiti perniagaan yang mempunyai tunggakan penalti/surcaj sahaja, remisi (pengurangan) penalti/surcaj sebanyak 85 peratus akan diberikan sekiranya baki penalti/surcaj tertunggak dibayar.

Justeru, JKDM menyeru agar entiti perniagaan mengambil peluang dengan sebaiknya dan boleh berhubung dengan Unit ABT Zon atau Negeri, Bahagian Penguatkuasaan JKDM yang berhampiran dengan segera.

“Tindakan mahkamah yang berterusan akan diambil oleh JKDM bagi mana-mana entiti perniagaan yang gagal melunaskan tunggakan duti atau cukai yang kena dibayar. 

“Di atas komitmen tersebut, JKDM juga telah mengenal pasti entiti perniagaan yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan perundangan di bawah tadbiran JKDM,” katanya. 

Dalam pada itu, JKDM turut menyarankan kepada ahli lembaga pengarah atau individu yang mempunyai tunggakan cukai dan ingin ke luar negara agar membuat semakan status perjalanan terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang https://sspi.imi.gov.my/sspi/ bagi mengelakkan sebarang kesulitan di lapangan terbang. 

“Sekiranya terdapat tunggakan,mereka dinasihatkan untuk segera menghubungi pegawai Unit ABT Zon atau Negeri JKDM yang berkaitan bagi tujuan penyelesaian,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya