Jin Ong letak ‘syarat’ jika ada produksi mahu tawarkan jadi pengarah - Utusan Malaysia

Jin Ong letak ‘syarat’ jika ada produksi mahu tawarkan jadi pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah menerima pelbagai anugerah berprestij antarabangsa, pengarah filem Abang Adik, Jin Ong, 49, tidak menutup peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana rumah produksi tempatan.

Menurut Ong, dia tidak mempunyai sebarang kriteria khusus asalkan naskhah yang ditawarkan mempunyai jalan cerita yang baik.

“Saya tiada masalah jika ada yang mahu tawarkan saya menjadi pengarah. Bergantung kepada cerita dan konsep apa yang mahu dihasilkan.

“Saya tidak kisah bekerja dengan mana-mana produksi asalkan cerita yang diberikan bagus,” katanya.

Ong ditemui Utusan Malaysia ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-33, di Auditorium Angkasapuri, baru-baru ini.

Menurut pemegang trofi Pengarah Harapan, Festival Filem Malaysia ke-33, dia tertarik untuk menghasilkan cerita yang mengangkat kepelbagaian kaum rakyat Malaysia.

“Saya suka bercakap tentang perbezaan kaum dan budaya Malaysia di dalam filem. Walaupun kita berbeza, namun kita saling melindungi dan sayang antara satu sama lain.

“Saya mahu bawa budaya Malaysia untuk ditonton masyarakat antarabangsa,” tambahnya.

Terdahulu, selain membawa pulang trofi Pengarah Harapan, filem Abang Adik yang mengutarakan isu kewarganegaraan turut memenangi empat trofi iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jack Tan), Lakon Layar Terbaik, Rekaan Kostum/ Busana Terbaik dan Tatarias/ Solekan Terbaik.

Bagaimanapun, filem Imaginur yang mengangkat kisah pesakit Alzheimer dinobatkan sebagi Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya