‘Jimmy Carter dedikasi perjuang isu Palestin’

‘Jimmy Carter dedikasi perjuang isu Palestin’

JIMMY Carter - Facebook Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap takziah atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter.

Anwar berkata, dedikasi Carter dalam memperjuangkan isu Palestin dan menentang lobi pro-Israel sememangnya tiada tandingan.

Katanya, sikap kesediaan dalam menentang pemikiran tradisional Amerika terutama dalam isu perang dan damai yang dimiliki Carter perlu dikagumi.

“Saya bersama pemimpin lain berkabung atas kehilangan bekas Presiden AS Jimmy Carter sambil meraikan dedikasi berabadnya kepada negara dan kemanusiaan.

“Saya percaya tiada yang meragui keberanian Carter dalam mengutamakan prinsip berbanding politik melibatkan Palestin. Beliau berani melabelkan sikap Israel terhadap Palestin sebagai apartheid, sebelum yang lain melakukannya.

“Orang Amerika sering berkata, mereka tidak lagi seperti dulu. Dalam kes Carter, mereka benar-benar tidak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya