Jelingan Siti Khadijah - Utusan Malaysia

Jelingan Siti Khadijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga adalah terdengar cerita kurang manis mengenai pelakon cantik seorang ini. Siapa lagi kalau bukan Siti Khadijah. 

Khabarnya, baru-baru ini, dalam sebuah acara hiburan, Siti telah menjeling sekumpulan tetamu yang datang hendak bertemu dan beramah mesra dengannya. Tak sangkalah pula sikap dia begitu. 

Sebab dalam drama-drama lakonan, Siti nampak lemah lembut dan ‘cute’ sahaja. Oh! Lupa pula, dia kan pelakon. 

Boleh tukar-tukar ‘watak’. Tetapi Cik Bunga rasa, kalau tidak suka sekali pun berada dalam acara itu, janganlah buat muka apa lagi sampai menjeling orang. Sah-sah orang akan perasan dan tidak manis dipandang. 

Kalau ikut adab, kalau tidak mahu jumpa orang, apa salahnya menolak dengan baik, boleh sahaja. 

Kalau tak mahu ditemu bual atau beramah mesra dengan orang di acara itu, beritahu sahajalah sebab tak akanlah orang hendak paksa pula bukan? Sebelum itu, Cik Bunga dengar, Siti pun sejak dua menjak ini macam tidak berapa suka jika ditemu bual. 

Alamak, mahu mengelak apa ya? Ada buat apa-apa yang anehkah? Kalau rasa tidak ada buat benda benda aneh, buat apa nak risau. 

Kita kalau hati betul, hati baik, tak buat perangai, buat apa hendak risau? Eh! Macam-macamlah ya. Ada sahaja yang tidak kena.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya