Jawi jalankan siasatan jenazah disimpan lebih 24 jam

Jawi jalankan siasatan jenazah disimpan lebih 24 jam

RASHINAH Abdul Hamid ketika berucap di Majlis Pengumuman UPSRA 2024 di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung insiden jenazah seorang wanita yang terpaksa ditahan oleh kartel di surau baru-baru ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Rashinah Abdul Hamid berkata, setakat ini pihaknya belum mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

“Siasatan telah dijalankan berhubung dakwaan jenazah ditahan hampir 24 jam di surau Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Kami masih dalam proses memperkuatkan siasatan dan mungkin dalam sehari dua lagi, kami boleh memberikan jawapan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman UPSRA 2024 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang jenazah wanita ditahan di surau berkenaan hampir 24 jam yang mana kartel mengenakan bayaran RM2,200 kepada waris.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan telah mengarahkan Jawi untuk membuat siasatan dengan segera berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya