Jawatankuasa khas ditubuh tangani kesesakan di JB

Jawatankuasa khas ditubuh tangani kesesakan di JB

AHMAD ZAHID Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani isu kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik bagi Sistem Rapid Transit (RTS) di daerah ini.

Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara semalam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha tersebut bagi memastikan isu kesesakan serta keselamatan jalan raya sentiasa diberi keutamaan demi keselesaan pengguna, terutamanya rakyat Johor. 

“Mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai isu dan inisiatif dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya, khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang. 

“Isu keselamatan dan kesesakan jalan raya merupakan isu kritikal yang mempengaruhi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook rasminya, hari ini.

Onn Hafiz berkata, dalam mesyuarat itu kerajaan negeri telah membentangkan beberapa inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan termasuk penambahan rangkaian laluan bas henti-henti, memperluaskan rangkaian infrastruktur jalan raya, terutamanya di kawasan ‘Greater JB’ serta pelaksanaan dan cadangan lokasi ‘park & ride’ bagi rangkaian perkhidmatan bas.

Katanya, kerajaan negeri turut melaksanakan rangkaian infrastruktur pengangkutan dan penyuraian trafik di kawasan ‘Greater JB’ dengan mengenal pasti 77 kawasan sering berlaku kesesakan lalu-lintas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya