Janji 4 duta sahsiah SK Batu Melintang bantu guru

Janji 4 duta sahsiah SK Batu Melintang bantu guru

BARISAN guru besar, penolong kanan, pegawai perhubungan sekolah, YDP PIBG bergambar bersama duta sahsiah sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai empat orang murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Melintang, Jeli Kelantan dipilih menjadi Duta Sahsiah dalam Majlis Peluncuran Kit Duta Sahsiah Sekolah Kebangsaan Batu Melintang baru-baru ini.

Program yang diadakan secara serentak di seluruh negeri ini berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK) ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran diri, sekolah, keluarga, masyarakat serta negara.

Guru Besar SK Batu Melintang Laila Ismail berkata, pemilihan murid ini berdasarkan undian guru bagi mencari duta murid serta menjadi role model kepada murid-murid lain khususnya
dalam memiliki penghayatan nilai-nilai murni.

Seperti yang sedia maklum, konsep Karamah Insaniah yang diperkenalkan Menteri Pendidikan iaitu salah satu teras utama yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif amat memerlukan suatu pendekatan holistik yang perlu ditekankan agar diberi perhatian dalam sistem pendidikan negara.

Naib pengerusi program, Shamsul Bahari Abdul Manap merangkap PK HEM berkata bahawa beliau mengharapkan tokoh yang dipilih ini sentiasa bersedia dengan cabaran.

Empat duta tersebut ialah Muhamad Azraie Alsyarafi Ismail, Nur Qaisarah Afrina Mat Saidi, Muhamad Firdaus bin Roslee dan Dhia Sofieyyah Faqihah Faizal.

Rata-rata duta berkenaan mengerti bahawa tugas mereka adalah membimbing murid lain dalam aspek tingkah laku dan membantu guru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN