Jangan merasakan suami itu kita yang punya - Amy Mastura - Utusan Malaysia

Jangan merasakan suami itu kita yang punya – Amy Mastura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Belum hadapi keadaan itu. Nak kata boleh atau tidak, saya tak tahu.”

Demikian jawapan pelakon dan penyanyi, Amy Mastura, 53, mengenai isu poligami.

Kata pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi itu, keharmonian rumah tangga adalah ketentuan Allah dan dia menyerahkan perkara itu kepada yang maha esa.

“Tapi, sebagai isteri, jangan merasakan suami itu kita yang punya. Kita kena belajar perkara itu.

“kita beri layanan terbaik kepada suami kerana Allah S.W.T.

“Insha-Allah, kita dapat hadapi apa sahaja yang berlaku di masa akan datang dengan tenang,” katanya.

Amy berkata demikian semasa sidang media dan forum drama Berbagi Suami di Damansara, semalam.

Kata Amy lagi, meskipun sudah lebih dua dekad berkahwin, dia, sehingga hari ini masih menimba ilmu untuk menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.

“Kita lalui banyak fasa kehidupan, dan setiap hari kita belajar sesuatu. Saya sudah 24 tahun berumah tangga, tapi sepanjang tempoh itu, tidaklah semuanya indah belaka.

“Dulu, waktu awal berumah tangga, saya masih muda. Jadi banyak perkara saya perlu saya belajar mengenai perkahwinan.

“Sekarang, apabila sudah faham serba sedikit ilmu agama dan keimanan, saya rasa lebih tenang dan bahagia. Hubungan kekeluargaan juga bertambah baik,” kongsinya.

Untuk rekod, Amy mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana, 23, dan Adalia, 20

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya