KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas sebanyak 798.6 kilogram karkas lembu bernilai RM19,965 dalam satu serbuan di sini hari ini,
Jurucakap JPV Terengganu berkata, serbuan terhadap sebuah lori itu dilakukan pada pukul 8.30 pagi tadi setelah risikan dibuat selama tiga hari oleh pegawai dan anggotanya.
Katanya, karkas yang dirampas itu dipercayai tidak disembelih di rumah penyembelihan yang dilesen atau diluluskan oleh JPV Terengganu.
“Kita turut merampas lori dan beberapa bilah alat pemotong daging yang digunakan dalam serbuan pagi tadi dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM81,065. Siasatan dijalankan mengikut Kaedah 5 (3) Kaedah Binatang (kawalan penyembelihan) 2009,” katanya ketika semalam. – UTUSAN