Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) siasat aktiviti pelik di kubur

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) siasat aktiviti pelik di kubur

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan membuat siasatan terperinci susulan video tular perhimpunan sekumpulan individu berhimpun dan didakwa berzikir secara pelik di sebuah pusara di kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut.

“Kita sudah arahkan untuk JAWI membuat siasatan terperinci, dan pihak yang mempunyai maklumat berkaitan dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. 

“Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam,” katanya.

Terdahulu tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.

Video tular di aplikasi X yang dimuat naik jam 2.50 petang pada Sabtu itu telah mendapat tontonan sebanyak 725,000 setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya