Isterikah yang jadi bidadari syurga itu?
Soalan
Jika lelaki yang masuk syurga nanti akan dapat bidadari. Apakah yang dimaksudkan dengan bidadari itu? Adakah suami saya nanti akan mendapat saya di syurga atau wanita lain?
Jamilah
Temerloh
Jawapan
Yang dimaksudkan bidadari adalah hakiki bukannya isteri namun tidak mustahil isteri masuk syurga dan menjadi bidadari-bidadari syurga.
Tunjuk makanan
di media sosial
Soalan
Saya perhatikan ramai suka menunjuk makanan mewah dalam media sosial tanpa kita tahu apa tujuannya. Apakah hukumnya perbuatan sedemikian dalam Islam kerana mereka seolah-olah menunjuk-nunjuk?
Karim Jamil
Kemaman
Jawapan
Hukum menunjuk-menunjuk mewah berisko tinggi untuk riak dan ujub. Melainkan tujuan promosi kepada golongan ingin makan makanan mewah itu. Sekiranya hanya makan bersama keluarga, cukuplah simpan gambar kenangan.
Anak tiri hanya layak terima wasiat
Soalan
Saya berkahwin dengan lelaki Muslim dan mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu. Adakah anak lelaki saya ini berhak menerima harta pusaka daripada suami baru itu?
Hamidah
Lenggeng
Jawapan
Anak tiri puan tidak berhak mendapat harta suami baru puan kerana dia bukan anak kandung. Hanya wasiat sahaja boleh dia terima dengan syarat tidak lebih daripada satu pertiga.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]