Baru-baru ini, Cik Bunga ada kesempatan menonton konsert artis antarabangsa Akon di ibu
negara. Meriah betul konsert tersebut dan Cik Bunga tengok, ramai juga rakan artis hadir.
Antara ramai-ramai artis yang Cik Bunga sempat nampak, mata kita terus terpana kepada seorang artis muda ini. Tidak lain tak bukan, Ismail Izzani.
Tidak sangkalah dia pun peminat Akon. Belum sempat Cik Bunga hendak datang tegur, mahu ucap hai, ternampak pula seorang wanita berjalan menyusul di belakangnya.
Mulanya ingatkan sekadar kenalan, tetapi sangkaan Cik Bunga meleset sama sekali. Semasa berada dalam konsert tersebut, Cik Bunga dan teman-teman yang kenal Ismail semua nampak kemesraaan antara penyanyi tersebut dengan wanita berkenaan.
Berdasarkan kemesraan itu, dapatlah kami semua mengagak bahawa wanita itu adalah kekasih
baharu penyanyi lagu Bidadari dan Iman ini. Boleh tahan seksi juga.
Cik Bunga tumpang gembira sahaja bila tengok Ismail ada kekasih baharu. Mana tahu, dengan adanya wanita itu di sisi, Ismail akan jadi insan yang lebih baik. Maklumlah, sebelum ini pun ada sahaja kontroversi melibatkan dirinya.
Mungkin kontroversi yang berlaku bukanlah apa yang dimahukan oleh Ismail. Tetapi lumrah dunia seni yang menjadikannya terjerat dengan semua itu. Ismail pun muda lagi, masih banyak yang ingin diterokai dan dicuba, itu sudah pasti.