IPTA disaran tubuh lebih banyak Fakulti AI - Gobind

IPTA disaran tubuh lebih banyak Fakulti AI – Gobind

GOBIND SINGH DEO diberi penerangan tentang teknologi AI ketika melawat reruai pada Majlis Perasmian Transformasi Teknologi Pembuatan dengan 5G & AI di Hotel DoubleTree by Hilton, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan meminta universiti tempatan menubuhkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) bagi memastikan modal insan dalam bidang berkenaan mencukupi pada masa depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ketika ini bidang tersebut hanya ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Bergerak ke depan, negara memerlukan banyak bakat dan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi AI. Ketika ini infrastruktur sedang dibina dan negara memerlukan individu mahir untuk mengoperasikannya.

“Bagi tujuan tersebut, kita kena pastikan bahawa bakat yang ada di Malaysia dikembangkan ke tahap tertinggi. Oleh itu Fakulti AI perlu diperluas ke setiap universiti yang berkeupayaan menawarkannya,” katanya semasa merasmikan program Tranformasi Pembuatan Dengan Teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI) di Hotel DoubleTree By Hilton, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha UTM mewujudkan Fakulti AI pertama di negara ini dengan seramai 126 penuntut sepenuh masa telah mendaftar dan 27 daripadanya merupakan penuntut antarabangsa.

Dalam pada itu, Gobind memaklumkan, perkhidmatan rangkaian internet 5G kini digunakan seramai 17.5 juta pengguna di seluruh negara.

Menurutnya, jumlah pengguna itu melibatkan kawasan capaian 5G melebihi 82 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Kementerian menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) telah dan akan menyediakan infrastruktur 5G, jumlah pengguna tinggi menunjukkan bahawa tarikan terhadap teknologi ini ada.

“Kedua, kita mahu pastikan semua infrastruktur tersebut adalah selamat, khususnya daripada aspek keselamatan siber dan penggunaan data,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya