Imam sebak baca khutbah, ujian musibah bah

Imam sebak baca khutbah, ujian musibah bah

PENDUDUK menunggang motosikal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat selepas banjir yang melanda Mukim Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan surut sepenuhnya. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Selepas dua kali tidak dapat diadakan solat Jumaat kerana banjir, kira–kira 300 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan di Masjid As-Solihin Mukim Bendang Pak Yong di sini, semalam.

Imam masjid itu, Anuar Daud sebak semasa membaca khutbah Jumaat bertajuk ‘Sabar menghadapi bencana’ selepas terkenangkan bah teruk yang melanda kampung berkenaan dua minggu lalu.

Pada masa sama, Anuar turut sebak semasa membacakan doa selepas selesai menunaikan solat Jumaat itu.

Menurutnya, beliau bersyukur dapat kembali menunaikan solat Jumaat selepas dua kali tidak dapat berbuat demikian ekoran masjid berkenaan ditenggelami banjir.

“Alhamdulillah hari ini, seramai 300 jemaah dapat hadir menunai solat Jumaat selepas laluan yang ditenggelami banjir boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Kami tidak perlu lagi menaiki bot dan banjir mulai surut sepenuhnya dua hari lalu,” katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Yusof Zakaria, 73, berkata, dia bersyukur dapat menunaikan solat Jumaat semalam kerana tidak pernah meninggalkan solat Jumaat dua kali berturut-turut sepanjang hidupnya.

“Banjir kali ini sangat buruk seakan sama dengan musibah banjir pada 1967,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, beberapa buah masjid di sekitar Pengkalan Kubor di sini tidak dapat menunaikan solat Jumaat selepas masjid ditenggelami banjir. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya