Ihsan Madani berjaya kumpul 10 tan bantuan untuk mangsa banjir

Banjir: Skuad Ihsanku kumpul 10 tan bantuan

Skuad Ihsanku bersama bantuan yang dibawa untuk mangsa banjir di Pantai Timur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10 tan barangan keperluan mangsa banjir berjaya dikumpul Skuad Ihsanku Pertubuhan Ihsan Madani (IM) untuk dihantar ke kawasan terjejas di Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif IM, Muhammad Zulfadhli Mohamad Zain berkata, misi bantuan yang dilancarkan awal bulan ini turut mendapat kerjasama Masjid Bandar Seri Putra (BSP) Kajang, I-Reach, MediCOM, Syria Care dan Kelab Land Rover.

Katanya, antara barangan yang dikumpul termasuk air mineral, lampin bayi, susu bayi, kit kebersihan, pek makanan siap masak, tilam dan pelbagai keperluan lain.

“Barangan ini akan dihantar dengan menggunakan loriberkapasiti 10 tan metrik. Lokasi terpilih di Pantai Timur ini hasil bantuan daripada I-Reach yang menyertai sebagai sukarelawan di kawasan lapangan.

“Antaranya termasuk Kampung Dusun Bunut, Kuala Krai di mana penduduk terpaksa berjalan kaki hampir satu jam untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Paling menyedihkan ada penduduk terpaksa menggantung makanan dengan tali akibat jalan yang terputus disebabkan tanah runtuh dan ada juga penduduk kampung masih belum menerima bantuan makanan sejak bencana banjir berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Muhammad Zulfadhli berkata, misi itu turut menghantar bantuan sebanyak 700 pek makanan kepada penduduk di tiga daerah di Kelantan iaitu Machang, Tumpat, dan Kuala Krai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya